Objektif, Visi & Misi

OBJEKTIF

  • Mengumpul dan memelihara salasilah serta sejarah keturunan Dato’ Sagor

  • Menganjurkan aktiviti dan majlis ilmu berkaitan dengan ketokohan serta perjuangan Dato’ Sagor

  • Melahirkan generasi muda yang berilmu dan menghargai warisan sejarah Dato’ Sagor

  • Memperkukuh hubungan silaturahim serta perpaduan dalam kalangan waris Dato’ Sagor.

VISI

Menjadi sebuah persatuan yang berwibawa dalam memelihara dan memartabatkan warisan serta legasi perjuangan Dato’ Sagor demi kesinambungan sejarah dan jati diri generasi akan datang.

MISI

  • Menghimpunkan waris Dato’ Sagor dalam satu organisasi yang lebih tersusun dan beridentiti.

  • Memelihara dan mempromosikan sejarah serta nilai perjuangan yang telah di bawa oleh Dato’ Sagor kepada masyarakat.

  • Memupuk semangat perpaduan dan menjaga kebajikan ahli persatuan.