Terma & Syarat
PENGENALAN
Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Persatuan Waris Dato' Sagor Perak ("Persatuan"), sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Dengan menggunakan laman web ini atau mengemukakan permohonan keahlian, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat ini.
KELAYAKAN KEAHLIAN
Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada individu yang merupakan waris keturunan Dato' Sagor serta memenuhi syarat-syarat keahlian yang ditetapkan oleh Persatuan.
Setiap permohonan akan disemak terlebih dahulu melalui proses pengesahan salasilah dan pertimbangan Jawatankuasa Persatuan sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Pihak Persatuan berhak menerima atau menolak mana-mana permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan keahlian.
PROSES PERMOHONAN KEAHLIAN
Permohonan keahlian akan melalui proses berikut:
Pemohon mengemukakan permohonan keahlian melalui laman web.
Pihak Persatuan menjalankan semakan salasilah bagi mengesahkan kelayakan pemohon.
Permohonan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Persatuan.
Pemohon akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui emel.
Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan menerima arahan untuk membuat pembayaran yuran keahlian.
Keahlian akan diaktifkan selepas pembayaran berjaya diterima oleh pihak Persatuan.
YURAN KEAHLIAN
Persatuan menawarkan dua (2) kategori keahlian seperti berikut:
Yuran Pendaftaran | Yuran Tahunan | |
|---|---|---|
Ahli Biasa | RM20 | RM20 |
Ahli Seumur Hidup | RM20 | RM300 |
Semua pembayaran yang dibuat melalui laman web ini adalah khusus bagi tujuan keahlian Persatuan.
PEMBAYARAN
Bayaran hanya perlu dibuat selepas permohonan keahlian diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan.
Pemohon yang tidak diluluskan sebagai ahli tidak akan diminta membuat sebarang pembayaran.
Sistem pembayaran di laman web ini digunakan khusus bagi kutipan yuran keahlian dan tidak digunakan untuk sebarang transaksi lain seperti kutipan derma, jualan produk, pendaftaran program atau aktiviti komersial.
PEMBAHARUAN KEAHLIAN
Ahli Biasa hendaklah menjelaskan Yuran Tahunan bagi memastikan status keahlian kekal aktif.
Ahli Seumur Hidup tidak dikenakan Yuran Tahunan selepas menjelaskan Yuran Keahlian Seumur Hidup.
PERUBAHAN TERMA & SYARAT
Pihak Persatuan boleh mengemas kini atau meminda Terma & Syarat ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi, perubahan dasar atau kehendak undang-undang.